“Mereka diprovokasi,” – Ambil pendekatan selesaikan masalah tanpa pihak luar, Awal Ashaari simpan ketat soal peribadi

Dari Penulis

Mengakui kehidupan sebagai selebriti menyukarkannya memiliki kehidupan peribadi tanpa campurtangan pihak luar, namun bagi pengacara terkenal, Awal Ashaari, dia mengambil pendekatan menyelesaikan masalah keluarga bersama isteri, Scha Al Yahya secara tertutup.

“Sebagai selebriti ada pelbagai perkara yang kita simpan. Saya tak pasti tentang orang lain namun apa pendekatan yang saya dan isteri buat ialah jika kami ada masalah, kami akan selesaikan terlebih dahulu sebelum pihak luar tahu. Itu antara praktis kami dan berharap agar dapat kekal begitu,” jelasnya kepada Wanita.

Malah ulas Awal, ada kalanya selebriti membuka cerita akibat provokasi sehingga menjadi kontroversi yang disensasikan.

“Kadang kala ada orang bukannya mahu bercerita, namun mereka diprovokasi dan disoal. Dan ada juga yang tanya kenapa perlu beri komen. Sebenarnya bukannya kita sengaja nak beri komen namun yang bertanya pun rakan-rakan dan takkanlah kita asyik nak kata ‘no komen’. Sebagai selebriti kita akan bagi pendapat, namun ia hanya pendapat peribadi,” tambahnya ketika ditemui pada program Ramadan Madani: Titipan Kasih anjuran Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd.

Awal turut mengulas program terbaharu kelolaannya berjudul Hard To Heart menggantikan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi. Jelas Awal, program bual bicara dari hati ke hati ini memberikan satu pengalaman baharu dalam kerjaya apabila dapat melihat sisi berbeza seorang selebriti daripada apa yang ditonjolkan media.

“Ada beberapa temubual yang cukup menyentuh hati apabila dicungkil kisah hidup mereka. Kita akan nampak sisi berbeza yang mungkin tidak dijangka sebelum ini. Banyak kesulitan yang terpaksa mereka hadapi di sebalik imej happy go lucky yang dibawa.

“Begitu juga dengan beberapa selebriti yang sedang tular sebelum ini, apabila kita selami dengan lebih dalam, mereka terus menangis dan meruntun jiwa untuk terus bercerita,” kongsinya.

Terdahulu, Awal Ashaari antara barisan selebriti yang hadir mengagihkan bakul makanan dan pek iftar anjuran Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd. di Masjid Jamek Kampung Baru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This