
TAHNIAH kepada Perdana Menteri berjaya menarik pelaburan berjumlah RM170 bilion dari China. Sebanyak 19 memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani. Satu tanda keyakinan pelabur ke atas Malaysia. Sebuah jawatankuasa khas pemantauan dibentuk bagi memastikan hasrat melabur ini direalisasikan.
Jumlah pelaburan asing sememangnya meningkat dari RM7.1 billion (1990), ke RM14.4 billion (2000) dan RM32.4 billion (2019). Namun daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan asing semakin luntur, merisaukan.
Dalam kalangan negara-negara ASEAN, Singapura kekal sebagai juara, kini menarik lebih separuh daripada pelaburan asing langsung ( FDI) yang masuk ke Asia Tenggara (1990: 43%, 2000: 68%, dan 2019: 60%). Sebaliknya kedudukan Malaysia jatuh dengan mendadak, dari 20% (1990), 17% (2000), dan 4% (2019).
Negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina kini semakin menonjol. Malaysia mesti segera bangun, mengambil tindakan yang agresif dan komited untuk mengukuhkan semula daya saing negara sebagai hub pilihan pelaburan global.
Baca artikel berkaitan: PM pengerusikan mesyuarat pelaburan syarikat China
Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bilion dari China – PM
Dalam konteks daya saing global yang lebih luas, kedudukan Malaysia menurun. Berdasarkan penarafan oleh IMD (Global Competitiveness Index), pencapaian terbaik Malaysia ialah di kedudukan kesepuluh dunia pada tahun 2010. Pada tahun 2019, Malaysia merudum ke tangga ke-22.
Jelas, trend ini menunjukkan bahawa daya saing Malaysia meluntur. Mesti ada perubahan yang signifikan, meyakinkan pelabur bahawa Malaysia serius dalam melaksanakan pembaharuan.
Persaingan global semakin sengit pasca pandemik Covid-19 dan corak geopolitik global nyata berubah, Malaysia mesti menyusun strategi baharu dengan segera.
Jangan leka. Perkukuh dan tonjolkan kekuatan kita. Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspiration (NIA)) bukan sahaja tanggungjawab MITI dan agensinya MIDA.
Kerancakan pelaburan hakikatnya bergantung kepada semua kementerian. Mesti ada kesepaduan antara semua kementerian dan agensi serta pembuat keputusan di peringkat Persekutuan, Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Moga dengan nama baharu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Malaysia akan lebih agresif meningkatkan daya saing menarik pelaburan.
MINDA-UKM: Bersama Malaysia
Nota: Saya hadkan analisis data sehingga tahun 2019 bagi menggambarkan kedudukan negara sebelum pandemik Covid-19.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

