RM282.2 bilion pelaburan asing telah direalisasikan sejak 2022

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM282.2 bilion pelaburan asing telah pun direalisasikan sejak tahun 2022 hingga September 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan, jumlah tersebut merangkumi 71 peratus atau 966 projek diluluskan.

Secara keseluruhan, Johari memaklumkan sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Menurut Johari, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bernilai RM357.1 bilion dan dijangka menjana sebanyak 185,044 peluang pekerjaan baharu.

“Sebanyak 356 projek perkilangan atau 26.2 peratus masih di peringkat perancangan melibatkan proses pemilihan lokasi serta perbincangan bersama pihak pemaju dan perunding.

“Projek-projek ini melibatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM60.1 bilion dan dijangka menjana sebanyak 39,121 peluang pekerjaan baharu apabila direalisasikan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Baca artikel lain: Dividen 5.75 sen seunit cermin ketahanan portfolio pelaburan ASB

Johari menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) berhubung pelaburan asing diumumkan sejak 2022 yang benar-benar direalisasikan berbanding sekadar pengumuman serta jumlah sebenar peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang telah diwujudkan.

Mengulas lanjut, Johari berkata, daripada 966 projek perkilangan yang telah direalisasikan itu, sebanyak 141,470 peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Daripada angka tersebut, beliau berkata, sebanyak 7,856 pekerjaan menawarkan gaji melebihi RM10,000 manakala 21,550 pekerjaan adalah dengan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Majoriti skala gaji ini terdiri daripada kategori pengurusan, profesional, kejuruteraan, penyeliaan dan tenaga mahir.

“Selebihnya, sebanyak 31,880 pekerjaan menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 manakala 80,184 pekerjaan adalah bagi gaji di bawah RM3,000 yang didominasi oleh operator mesin, pekerja pemasangan, jualan, perkeranian dan pekerja am,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This