SERAMAI 57 guru-guru di Kelantan telah menyertai Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Yayasan Wiba Prima, hari ini.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, kursus tersebut memfokuskan pendedahan kepada guru-guru RBT agar mahir melukis dan melakar menggunakan pendekatan Drawzania.
Katanya, antara latihan dan modul lain yang diberi penekanan adalah seperti asas teknik mudah melukis, teknik melukis menggunakan Drawzania serta aplikasi mudah melukis RBT.
“Selain itu, kursus kemahiran yang dijalankan selama dua hari ini turut berobjektif membantu guru-guru menjadi lebih dinamik dan progresif dalam reka bentuk dalam mempertingkatkan lagi daya cipta dikalangan masyarakat.
“Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran RBT melibatkan dua siri iaitu pada 11-12 April di Dewan Sri Tanjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan serta pada bulan Mei dengan penglibatan 50 guru di Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca lagi: Otak vs Artificial Intelligence (AI), mana yang lebih hebat?
Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, sebanyak 3,600 pelajar akan mendapat manfaat melalui guru-guru yang mengikuti kursus tersebut.
Beliau berkata, ia juga secara tidak langsung membantu kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang lebih bertanggungjawab, dinamik dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
“Sementara itu, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada guru-guru bagi membantu mereka menguasai kemahiran melakar dan melukis bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran RBT dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui idea-idea baru.
“Selain meningkat keupayaan guru-guru untuk melakar dan melukis, ia turut meningkatkan daya cipta guru dan serta secara tidak langsung daya cipta murid- murid,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

