Aina Abdul minta netizen jaga kata-kata agar tidak menggores hati ramai pihak

Dari Penulis

PENYANYI Aina Abdul akui berasa segan namun pada masa sama bangga apabila namanya ‘dipetik’ netizen yang membandingkan lagu raya nyanyiannya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Bila netizen bandingkan saya sebegitu, saya berasa segan dan bahagia juga sebab nama saya dipetik bersama penyanyi nombor satu di Malaysia. Saya merasakan itu adalah antara pencapaian saya.

“Saya tak boleh rasa perbandingan ni tak seronok, nanti saya rasa seperti tak bersyukur jadi saya juga sudah lali dengan semua ini dan saya terima sahaja.

“Saya berharap perbandingan ini tidak menjejaskan hubungan baik saya dengan Tokti, sebab sekarang saya makin rapat dengan dia,” katanya kepada URTV.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu juga memberi pesanan kepada netizen agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga hati ramai pihak.

“Saya tahu mereka ada hak untuk bersuara dan itu adalah pendapat mereka tetapi perlulah berpada-pada dalam berkata-kata.

“Kadang-kadang saya okay sahaja dengan hentaman netizen tapi tidak bagi peminat saya. Mereka sampaikan boleh menangis.

“Saya sebolehnya ingin menjaga hati banyak pihak terutamanya ibu saya kerana dia pun ada juga membaca komen netizen.

“Apa perasaan anda kalau ada orang cakap buruk tentang anak anda?” ujarnya ketika ditemui di Majlis Sidang Media Big Stage Musim Kelima di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Terdahulu, pengguna laman TikTok cuba membuat perbandingan lagu raya Aina iaitu Berkunjung Di Hari Raya dengan Lip Lap Raya nyanyian Siti Nurhaliza yang bukan hasil ciptaanya sendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This