Usah hirau pandangan orang, teruskan niat bertudung labuh. Mulakan secara perlahan-lahan

Dari Penulis

Setiap wanita pasti terdetik di hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna. Apabila melihat wanita manis dan cantik bertudung labuh menambahkan lagi rasa di hati untuk berhijrah menjadi lebih baik.

Namun, tidak semua orang mampu berubah secara drastik kerana takut dikecam dan digelar ‘Ustazah’ sedangkan hanya ingin menjalankan perintah agama Islam. Ada juga yang hanya menyimpan hasrat tersebut kerana belum bersedia.

Bagi wanita yang ingin bertudung labuh namun tidak tahu hendak mula dari mana. Ikuti perkongsian ini.

Tips mula bertudung labuh

1.            Belajar tutup aurat dengan sempurna

2.            Pakai pakaian yang longgar

3.            Mula belajar memakai sarung lengan dan stokin

4.            Menyertai usrah kerana dalam perkumpulan usrah, kita akan menjumpai ramai lagi muslimah yang baru mula untuk berhijrah

5.            Memperbaiki ibadah-ibadah asas

6.            Membaca al-Quran dan fahami maknanya

7.            Pilih material tudung yang tidak panas

8.            Mula melabuhkan tudung. Dari bidang 45 cuba pakai bidang 48, dari bidang 48 cuba pakai bidang 50 dan begitulah seterusnya.

9.            Sedekahkan tudung-tudung lama supaya tiada pilihan lain selain tudung labuh

10.         Tengok tutorial menggayakan tudung labuh supaya tidak bosan dengan gaya yang sama

Semoga tips ini dapat membantu para wanita untuk berubah dan meningkatkan keimanan kita agar terus berusaha menjadi yang terbaik dan mendapat keredaan Allah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This