Ikuti tips mengemas keperluan umrah supaya beg anda ringan dan tidak beranak pulang dari Mekah nanti

Dari Penulis

Jika kita lihat di sosial media, ramai artis sedang menunaikan umrah sekarang ini. Ada juga yang berniat untuk menyambut hari raya di sana nanti.

Bagi umat Islam, kita pasti mempunyai impian untuk menunaikan haji dan umrah suatu hari nanti. Namun begitu, setiap apa yang kita hendak lakukan semestinya memerlukan perancangan dan membuat persiapan dengan baik.

Buat yang pertama kali menunaikan umrah, pasti anda terfikir-fikir barang apa yang perlu dibawa terutamanya bagi jemaah wanita. Kadang-kadang bawa barang keperluan banyak-banyak pun tidak digunakan juga.

Oleh itu, ikuti perkongsian tips ‘packing’ umrah ini supaya beg anda ringan dan tidak ‘beranak’ apabila pulang dari Mekah dan Madinah nanti.

1. Baju Jubah / Baju set seluar

Bawa dua helai jubah dan dua helai baju set seluar sudah memadai kerana anda pasti akan membeli baju-baju di sana sebagai kenangan.

2. Kasut / Sandal

Bawa sepasang dua sahaja yang mudah untuk disarung.

3. Telekung

Bawa satu set telekung dan satu mini telekung.

4. Tudung

Bawa sekurang-kurangnya 4 helai tudung yang mudah untuk disarung.

4. Seluar dalam pakai buang

Bawa seluar dalam pakai buang kerana mudah tidak perlu mencuci dan menjimatkan ruang. Hanya perlu pakai dan buang selepas digunakan.

5. Stokin dan ‘handsock’

Bawa empat hingga lima helai, cari yang mudah untuk mengambil wuduk jadi tidak perlu bersusah payah untuk buka dan pakai.

7. Penyangkut baju

Bawa dalam lima keping untuk menyidai baju, selepas selesai umrah tinggalkan sahaja buat sedekah.

8. Ubat-ubatan

Bawa ubat sendiri seperti Panadol, Vaseline, ubat batuk dan lain-lain kerana harganya mahal di sana.

9. Panty liners

Bawa panty liners secukupnya kerana susah untuk mendapatkannya dan mahal.

9. Botol spray wuduk

Bawa botol spray wuduk sebagai persediaan kerana tandas jauh.

10. Makanan ringan

Bawa sedikit makanan ringan seperti biskut, gula-gula dan sebagainya supaya dapat mengalas perut dan bersedekah kepada anak-anak kecil di sana.

Semoga bermanfaat dan segala urusan anda untuk menunaikan haji dan umrah dipermudahkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This