SEORANG pemandu kereta ditahan selepas bertindak menumbuk muka seorang lelaki sehingga berdarah dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Patau-Patau, Labuan, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, suspek telah bertindak menumbuk muka mangsa beberapa kali kerana marah dengan penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum masuk ke jalan sebelah kanan.
Beliau berkata, isteri mangsa yang juga ada ketika kejadian menyebabkan mangsa ketakutan.
“Mangsa mengalami kecederaan luka di dahi, pendarahan di hidung, sakit mata dan telah dirujuk ke hospital bagi menerima rawatan.
“Malah, kenderaan mangsa juga mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan pada pukul 3.45 petang semalam bagi siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506/427/323 Kanun Keseksaan.
Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai gambar dan video sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

