Madu Miera Leyana, suami diarah rujuk JKP

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga antara isteri pertama kepada suami pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan Rosland Othman masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ia selepas Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini mengarahkan pasangan itu dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Timbalan Pendaftar, Seri Ariful Ashikin Mohamad Yusuf mengarahkan pasangan yang berusia 50 tahun itu berbuat demikian bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Peguam Syarie yang mewakili Adibah selaku defendan, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, keputusan itu dibuat selepas anak guamnya membantah permohonan cerai yang difailkan Rosland.

Permohonan cerai berkenaan difailkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCIB itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

“Anak guam kami berpendapat bahawa perkahwinan mereka masih perlu dipertahankan.

“Ikatan perkahwinan selama 28 tahun yang dikurniakan dengan lima cahaya mata tidak sewajarnya dibubarkan sewenang-wenangnya dengan alasan yang kita belum dapat pastikan.

“Sehubungan itu, kami telah berjaya mendapatkan satu keputusan yang adil iaitu kedua-dua pihak diminta untuk melantik JKP suapaya hakim dapat menentukan mana letak duduknya kes ini,” kata peguam itu.

Khairul Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu selesai, pagi ini.

Sementara itu seorang lagi Peguam Syarie yang turut mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, pihaknya turut membantah permohonan Rosland selaku plaintif untuk melafazkan cerai pada hari ini.

“Dia (Rosland) berkeras mahu melafazkan cerai hari ini. Alhamdulillah mahkamah terima hujah kami untuk dia tidak sewenangnya lafazkan cerai,” katanya.

Pada prosiding hari ini, Rosland hadir ke mahkamah sambil ditemani oleh ibu Miera, Aisah Abdullah dan abang pelakon itu, Mohd Fadley Kasmi.

Rosland diwakili oleh Peguam Syarie, Datuk Amli Embong.

Justeru, Mahkamah kemudian menetapkan 3 Mei ini bagi sebutan semula kes di mana kedua-dua pihak memaklumkan wakil JKP masing-masing.

Sebelum ini media melaporkan Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya biarpun sudah mengalami keretakan sejak dua tahun lalu.

Pendirian itu adalah kerana perasaan sayang akan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu walaupun Rosland berpoligami selepas mengahwini Miera Leyana pada Julai 2020.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This