Episod 27 : Mudah & Sedap Ayam Panggang Mongolia. Berbaloi Cuba Resipi Chef Sabri Hassan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Menu ayam antara hidangan yang sangat popular di bulan Ramadan. Apa sahaja resipi yang berasaskan ayam, pasti ada yang ingin mencuba. Menu Ayam Panggang Mongolia ini, yang dikongsikan oleh Chef Sabri Hassan ini wajib dicuba. Bukan sahaja sedap, malahan resipi amat mudah disediakan.

AYAM PANGGANG MONGOLIA
BAHAN

300 gm dada ayam – potong butterfly
10 gm serbuk ketumbar
10 gm serbuk jintan manis
50 ml sos tiram
30 ml kicap manis
30 ml kicap pekat
Sedikit minyak jagung
Gula dan garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Ayam dipotong nipis, ketepikan. Di dalam bekas, masukkan serbuk jintan manis, kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan serbuk ketumbar, gaulkan sebati.
  2. Masukkan ayam dan sedikit minyak jagung, gaulkan sebati.
  3. Panaskan kuali leper, masukkan ayam. Nak masukkan sedikit mentega pun boleh.
  4. Dalam 2 minit, balik-balikkan ayam di kedua belah arah, agar sebati masaknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This