Harimau Malaya berdepan kepulauan Solomon, Yaman di Terengganu pada Jun

Dari Penulis

DUA aksi persahabatan melibatkan skuad Harimau Malaya akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jun ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.

“Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu untuk memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan dan pemain secara dekat,” katanya.

Hamidin yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berkata demikian selepas meninjau latihan skuad terjun negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bersama Timbalannya Datuk Nicol David.

Skuad Harimau Malaya yang melonjak ke ranking 138 dunia pada awal bulan ini, dijadual bertemu Kepulauan Solomon yang menghuni ranking ke-134 dunia sama ada pada 15 atau 16 Jun, diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun.

Pasukan kendalian Kim Pan Gon sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.

Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini . – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This