PERSATUAN Golf Malaysia (MGA) berharap dua pemain negara Ng Jing Xuen dan G. Nateeshvar mampu menamatkan perjuangan mereka di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini dengan menaiki podium.
Harapan itu dilontarkan Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor bersandarkan pengalaman kedua-dua atlet berkenaan termasuk membuat penampilan di temasya dwitahunan itu dalam edisi di Hanoi, Vietnam.
“Dengan pasukan terkini, mereka juga sedang meningkat naik dalam ranking golf amatur, dengan dua bekas pemain Hanoi (Sukan SEA Hanoi) mereka akan memberi inspirasi untuk mendapatkan penamat podium,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Selain Jing Xuen dan Nateeshvar, lima pemain lain yang membawa cabaran negara ke temasya itu ialah Malcolm Ting Anson Yeo, Hariz Hezri Geraldine Wong dan Foong Zi Yu.
Sebelum ini, MGA menyasarkan hanya satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja meskipun golf meraih dua emas di Hanoi.
BERITA BERKAITAN Muhyiddin sahkan beri keterangan esok, nafi ditahan di padang golf
Dalam pada itu, Mohd Anwar berkata MGA telah menyediakan rakan ‘sparring’ yang merupakan pemain profesional negara ketika latihan, sebagai memberi persediaan buat skuad kebangsaan sebelum ke Kemboja.
Katanya, inisiatif berkenaan mampu memberi tonik tambahan buat pasukan negara dalam usaha memburu pingat di Sukan SEA.
Mohd Anwar berkata menerusi latihan sparring bersama pemain profesional itu, pihaknya berharap ia dapat menguatkan dan menjadikan pemain lebih bersemangat bertanding dalam match play
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

