Perlis galak solat Aidilfitri di tanah lapang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SOLAT sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang yang diselaraskan pada pukul 8 pagi seperti pelaksanaan tahun lalu.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pemilihan tanah lapang berkenaan tertakluk kepada ketetapan Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing.

Bagaimanapun, Tuanku Syed Faizuddin bertitah pihak jawatankuasa kariah masjid boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.

“Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri selain musolla yang ditentukan oleh jawatankuasa kariah seperti surau rasmi dalam Perlis, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada jawatankuasa kariah masjid dan mendapat persetujuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs),” titahnya dalam kenyataan hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah solat Aidilfitri akan dilaksanakan dalam ruangan masjid pada pukul 8.15 pagi sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Baca artikel berkaitan: COVID-19: Rakyat perlu waspada, bendung peningkatan kes musim Aidilfitri

Namun, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, hebahan berkaitan perubahan lokasi dari musolla ke ruang dalam masjid perlu dimaklumkan oleh jawatankuasa kariah masjid pada pukul 7.45 pagi.

Titah baginda, memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh media, jemaah digalakkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri.

Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri di Kariah Kota Raja Arau, solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau, namun sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, solat akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau.

“Pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiyat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat bersamaan 21 April, jemaah yang hadir solat Aidilfitri boleh memilih untuk menunaikan solat Jumaat atau solat zuhur berdasarkan riwayat yang sahih daripada salaf al-saleh,” titah baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This