Apa pandangan Islam terhadap wanita haid pergi masjid ketika solat hari raya dan menziarahi kubur?

Dari Penulis

Solat sunat hari raya antara perkara yang memeriahkan suasana dan ia merupakan perkara yang dituntut. Malah pada zaman Rasulullah s.a.w., Baginda dan para sahabat melakukan solat sunat hari raya dan suasana pada ketika itu seumpama satu perhimpunan yang besar. Ia ditekankan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

“Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling menghadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berjihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”

Jelas sekali kita digalakkan mengimarahkan masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Malah tidak timbul kesalahan juga sekiranya wanita yang berada di dalam haid untuk hadir ke masjid bagi mendengar khutbah yang disampaikan. Tetapi bukanlah wanita itu duduk dalam ruang solat tetapi boleh sahaja berada di luar ruang solat dan beranda masjid atau surau.

Solat sunat hari raya merupakan perkara sunat dan tidak wajib, namun memandangkan ia hanya setahun sekali jadi elok kita mengambil peluang bagi mendapat berkatnya.

Walaupun seseorang wanita yang haid ingin juga datang ke masjid bagi mendengar khutbah, ia dibolehkan asalkan mereka berada di kawasan sekitar atau pun bahagian beranda masjid sahaja. Mereka tidak boleh memasuki ruang solat kerana keadaan diri yang sedang kotor.

Meskipun mereka tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya, mereka masih mendapat kebaikan daripada kunjungan tersebut contohnya mereka boleh bertemu dengan rakan-rakan dan jiran tetangga untuk saling bertegur sapa dan bermaaf-maafan. Akan tetapi harus diingat, sesiapa sahaja yang datang ke masjid untuk menunaikan solat haruslah betulkan niatnya kerana niat yang salah seperti ingin menunjuk-nunjuk pakaian yang baru dan cantik, maka hukumnya adalah haram.

Dalam masa yang sama, ketika hari raya juga ramai yang mengambil kesempatan menziarahi kubur kerana mengingati orang tersayang yang telah pergi menemui Penciptanya. Dan ia seakan menjadi budaya dalam masyarakat kita hari ini. Lalu bagaimana dengan wanita yang sedang haid, adakah mereka dilarang untuk menziarahi kubur atau tidak?

Merujuk permasalahan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Irsyad al-Fatwa siri ke-217 hukumnya adalah makruh sama ada sedang berhaid atau tidak kecuali kubur Rasulullah s.a.w. maka hukumnya adalah sunat. Begitu juga dengan kubur orang-orang soleh dan kaum kerabat dengan syarat menjaga adab-adab ziarah.

Antara adabnya ialah menjaga perlakuan, percakapan dan berpakaian menutup aurat. Selain itu mereka juga tidak dibenarkan untuk terlalu emosi sehingga menangis atau meraung-raung. Malah harus juga hukumnya jika aman daripada sebarang fitnah. Wallahu a’lam

________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This