34 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan wang kripto

Dari Penulis

Polis menahan 34 individu termasuk lapan warga China, seorang warga Filipina, dan seorang warga Indonesia, yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kesemua mereka yang dalam lingkungan umur 21 hingga 68 tahun dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan pengurus dengan menerima gaji RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas masing-masing tujuh unit komputer, komputer riba serta iPad; dan 49 unit telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka.

“Siasatan awal mendapati kesemua ahli sindiket itu menawarkan pelaburan mata wang kripto menggunakan platform Multi Level Marketing dengan memuat turun aplikasi melalui pautan yang diberikan oleh sindiket bagi tujuan pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya sindiket terbabit dipercayai telah beroperasi selama dua bulan di sekitar bandar raya ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

— BERNAMA

Wednesday, 19 April 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This