Perang bunyi bila nak raya, ini meriam lejen yang semakin dilupakan

Dari Penulis

Salah satu benda yang sinonim dikaitkan bila tiba bulan Ramadan dan Syawal sudah tentulah meriam. Zaman dahulu, perang meriam ini adalah perkara biasa di kampung-kampung untuk memeriahkan suasana.

Generasi muda zaman sekarang terutama di kawasan bandar mungkin tidak kenal dengan jenis-jenis meriam ini. Apatah lagi ada antaranya yang sudah jarang didengari. Antaranya…

MERIAM BULUH

Ini antara yang paling klasik dan dikenali ramai. Nak hasilkannya senang, cara main pun mudah. Bahan utama dah tentu buluh dan karbaid. Bagaimana tahap power bunyi yang dihasilkan, bergantung kreativiti dan ‘petua’ dalam menghasilkan meriam ini. Tapi, awas. Ia juga berisiko mendatangkan kecederaan. Tambah pula jika buluh itu pecah dan meletup. Sebab itu sejak dahulu, sudah ramai yang cedera bahkan ada yang putus anggota badan kerana penangan meriam buluh ini.

MERIAM BESI

Asasnya sama seperti meriam buluh. Cuma, bahan asasnya bukan buluh, tetapi ditukar dengan menggunakan batang besi yang dipateri menjadikannya lebih kuat dan kukuh. Sebab itu bunyinya lagi power berbanding meriam buluh.

Salah satu tempat yang popular dengan meriam ini ialah di Kampung Talang dalam daerah Kuala Kangsar di Perak. Di situ, ia disebut sebagai ‘Meriam Talang’. Kampung ini menjadikannya sebagai tradisi untuk memainkan meriam ini pada malam raya.

MERIAM TANAH

Dah namanya pun meriam tanah, sudah tentu ia perlu ditanam di dalam tanah. Tak kisah apa bahan yang hendak digunakan sama ada buluh, tin atau gabungkan keduanya sekali, ia perlu ditanam di dalam tanah dengan hanya bahagian hujungnya dibiarkan terjulur keluar. Meriam ini boleh dikatakan antara yang agak rumit untuk dihasilkan.

MERIAM KATAK

Juga dipanggil meriam tin. Boleh masuk kategori yang kurang bahaya. Korek tanah dan selalunya orang tanam tin atau tempurung kelapa yang dijadikan tempat untuk diletakkan karbaid. Selepas itu, baldi atau tong akan digunakan untuk menutupnya. Kemudian, cucuh api pada lubang kecil yang disediakan dan … BOMMM!

Tong atau baldi tadi akan melantun atau ‘terbang’ ke atas. Bab ini yang best sebab semua orang akan bertempiaran lari supaya tidak dihempap tong atau baldi tersebut.

MERIAM BOTOL

Nak kata setaraf meriam, tidak juga. Ala-ala mercun je. Hanya guna botol plastik, masukkan karbaid ke dalamnya dengan air yang sama banyak, tutup botol dan baling jauh. Tak lama lepas tu, meletup la. Bunyi pun manja-manja je. Kira ini yang paling selamat la. Cuma kadang-kadang naik geram nak tunggu botol tu meletup sebab bukan meledak sebaik dibaling. Tapi kena tunggu beberapa minit baru ia meletup.

Itulah antara jenis meriam yang menjadi tradisi sejak zaman dahulu menjelang hari raya. Walaupun bahaya, namun ia menjadi salah satu kenangan yang tinggi nilainya, terutama dalam zaman yang serba moden dan telah banyak melenyapkan tradisi lampau.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This