Tip mudah kemas rumah supaya kelihatan cantik bersih dan wangi. Tetamu datang pun senang hati

Dari Penulis

Beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut Syawal, pasti ramai yang sedang sibuk mengubah suai dan mengemas rumah supaya kelihatan cantik dan kemas.

Bukan sahaja perlu cantik dan kemas, rumah yang bersih dan wangi juga penting dan perlu dititikberatkan terutama ketika saudara mara, jiran tetangga datang bertandang.

Bau-bau yang tidak enak perlu disingkarkan, lantai yang berminyak perlu dihilangkan dan habuk yang melekat perlu dihapuskan.

Selain menggunakan penyegar udara dan lilin wangi sintetik, kita juga boleh amalkan tip dan petua yang bersifat semula jadi. Bukan sahaja selamat digunakan malah kediaman rumah juga menjadi wangi dan segar.

1. Petua hilangkan habuk pada perabot

Bahan :

• Satu penutup pelembut fabrik

• Satu cawan air

• Satu cawan cuka

Cara :

Campurkan semua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot di rumah anda.

Cara ini dapat elakkan habuk melekat pada perabot dengan cepat dan rumah anda juga berbau lebih harum.

2. Petua kilatkan lantai rumah

Bahan :

• 1 penutup pencuci lantai

• Cuka

• Air panas

Cara :

Satukan semua bahan dan mula mengemop pada lantai namun pastikan anda menyapu rumah terlebih dahulu. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti jubin baru.

3. Petua rumah wangi

Bahan :

• 1 penutup pelembut fabrik

• Cuka

Cara :

Campurkan kedua bahan ini, letakkan ke dalam botol dan sembur ke seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini mampu berikan bau yang wangi dan memperbaiki udara menjadi lebih bersih.

Cepat, mudah dan murah bukan, hanya menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja boleh mendapatkan hasil yang terbaik.

Selamat mencuba.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This