Rancang sebelum pulang ke kampung. Ikuti panduan keselamatan ini untuk perjalanan lancar dan selamat

Dari Penulis

Malam ini adalah penentuan bagi umat Islam sama ada akan meneruskan berpuasa atau berhari raya pada esok harinya. Sudah pasti ramai yang bersiap sedia untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga tercinta.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda membuat persiapan terlebih dahulu. Faktor keselamatan amatlah penting dan perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang insiden atau kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Berikut ialah tip keselamatan sebelum pulang ke kampung, semoga dapat dijadikan panduan dalam merancang perjalanan anda. Ikutilah undang-undang jalan raya dan pandu secara berhemah. Biar lambat asalkan selamat.

1.            Rancang perjalanan

Semak laluan yang anda ingin lalui terlebih dahulu. Ambil tahu tentang tempat berhenti untuk rehat dan rawat, tempat pengisian minyak dan lain-lain. Pastikan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

2.            Kenderaan

Semak kenderaan anda pastikan ia berada dalam keadaan yang baik seperti lampu, angin tayar (termasuk tayar ganti), minyak enjin, air dan bateri.

3.            Peralatan asas kereta

Pastikan alat ganti tayar dan alatan asas ada dan mencukupi. Lampu segitiga kecemasan dan lampu suluh pelbagai fungsi jangan dilupakan. Dan tayar ganti juga penting dibawa bersama.

4.            Keadaan tayar

Jika keadaan tayar anda sudah lama dan kekurangan bunga, maka sesuaikanlah cara pemanduan. Kena lebih berhati-hati terutama ketika jalan basah dan licin.

5.            Berlaku kecemasan

Sekiranya berlaku kecemasan cari tempat yang selamat untuk berhenti, mudah dilihat dari jauh, dan mudah untuk proses pembaikan dilakukan. Buat penumpang pula, kalau keadaan mengizinkan, seeloknya berteduh atau menunggu di tempat yang lebih selamat sementara masalah diselesaikan.

6.            Ikut peraturan jalan raya

Memandu dengan berhemah, ikut peraturan jalan raya. Pakai tali pinggang keledar, bagi signal membelok, ikut kadar had kelajuan dan bagi anda yang mempunyai anak kecil gunakan ‘Car Seat’ supaya keselamatan anak-anak lebih terjamin.

Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang. Sekiranya mengantuk dan penat, berehatlah seketika. Semoga anda selamat pergi dan pulang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This