Bosan minum air sirap di pagi raya, cuba resipi Ais Lemon Pudina ini. Barulah lain daripada yang lain

Dari Penulis

Balik sahaja daripada menunaikan solat sunat hari raya, pasti kita akan tercari-cari air minuman. Maklumlah penat bertakbir raya.

Namun setiap kali hari raya, asyik hidang menu minuman yang sama sahaja. Kalau tak air sirap, mesti air oren. Begitu juga apabila kita pergi beraya ke rumah orang.

Apa kata kita buat kelainan sedikit pada tahun ini dengan menyediakan air Ais Lemon Pudina atau Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi. Barulah seronok dapat menghilangkan dahaga dengan air yang masam manis ditambah lagi selepas makan makanan yang berlemak dan berminyak.

Resipi Ais Lemon Pudina

Bahan :

Satu balang air

•             Daun pudina

•             Empat biji lemon

•             100 gram Sunquick

•             100 gram serbuk asam Knor

•             1 liter air gula

Cara :

•             Kisar tiga biji lemon dengan dua liter air

•             Ambil air sahaja dan hampas dibuang

•             Masukkan air kisar tadi ke dalam balang, kemudiann masukkan satu liter air gula

•             Campurkan sunquick dan serbuk asam knor ke dalam satu liter air panas. Gaul rata kemudian masukkan ke dalam bekas air lemon tadi

•             Masukkan ais batu dan kawal kemanisan air dengan air masak mengikut citarasa anda

•             Hiris satu biji lemon dan masukkan ke dalam balang bersama dengan daun pudina

•             Kacau dan siap untuk minum

Nota tambahan

Boleh tambah pelbagai jenis buah-buahan mengikut citarasa sendiri seperti asam boi, laici dan sebagainya.

Kredit: Nur Hanisah Kamaluddin


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This