Sudah di penghujung Ramadan, ramai di kalangan kita yang sedang membuat persiapan pulang ke kampung halaman. Masak untuk berbuka pun, hanya menu yang ringkas. Apa kata hari ini kita masak cencaru sumbat belakang resipi dari Abang Dee.
Sedap, mudah dan cepat disediakan. Tak perlu berlama-lama buang masa di dapur. Dalam 10 minit dah siap! Jom kita cuba dan selamat berbuka puasa.

CENCARU SUMBAT BELAKANG
BAHAN
2 ekor ikan cencaru
3 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih
30 gm belacan
4 sudu besar cili kisar
100 ml air asam jawa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk kunyiti
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
- Ikan dibelah belakang, gaulkan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- SAMBAL SUMBAT : Ambil bekas, masukkan cili kisar, bawang besar, bawang putih, belacan, air asam jawa, garam, gula, serbuk perasa dan serbuk pati ayam. Gaulkan sehingga sebati.
- Panaskan minyak, sementara itu sumbatkan sambal dibelakang badan cencaru.
- Kemudian goreng ikan cencaru sehingga garing. Masukkan hirisan bawang Holland. Angkat dan ketepikan.
- Lebihan bahan sambal, jangan dibuang. Tumis sehingga garing. Setelah garing, curahkan di atas ikan cencaru.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

