Episod 30 : Menu Istimewa Aidilfitri Bihun Namya Thai Resipi Chef Kamarul

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Selain hidangan ketupat rendang di pagi raya, Chef Kamarul menjamu tetamu dengan menu bihun namya Thai. Namya yang bermaksud kari ikan antar hidangan popular di Thailand. Untuk resipi ini, Chef Kamarul menggunakan ikan tuna untuk memudahkan cara penyediaan. Aroma daun selasih Thai sudah cukup membangkit selera. Selamat mencuba!

BIHUN NAMYA THAI
BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cawan cili kering
1 sudu kecil belacan
BAHAN KUAH
3 tin isi ikan tuna
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 liter santan
1 cawan air
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu besar air asam jawa
BAHAN SAMPINGAN
1 paket bihun – celur dan tuskan
2 batang kacang panjang – hiris
1 batang timun – hiris halus
3 tangkai kecil daun selasih Thai
4 biji telur rebus
Sedikit sawi asin
2 biji limau nipis

CARA PENYEDIAAN

  1. Tuangkan separuh santan dan air ke dalam periuk, panaskan dengan api perlahan.
  2. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar bersama separuh lagi santan dan kisar sehingga hancur.
  3. Kemudian masukkan ikan tuna. Kisar lagi sehingga halus.
  4. Selepas itu, tuangkan semua bahan kisar ke dalam periuk tadi dan kacau rata
    dengan api sederhana.
  5. Perasakan dengan sos tiram, sos ikan, gula Melaka dan asam jawa. Kacau rata, biarkan mendidih, Hidangkan bihun, kuah bersama bahab-bahan sampingan. Sedia dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This