Kekasih hati Naufal Azrin garang tapi ‘sweet’

Dari Penulis

PENYANYI, Naufal Azrin mengakui teman wanitanya seorang yang garang namun pada masa sama ‘sweet’.

Menurut penyanyi duet bersama Nuha Bahrin, berjudul Casablanca ini, kekasih hatinya itu pernah berasa cemburu melihat dia dengan rakan artis wanita.

“Saya sebenarnya dah ada seseorang yang istimewa. Satu benda yang saya suka tentang diri dia adalah garang tapi ‘sweet’ dengan saya.

“Dalam suatu perhubungan, mestilah ada pasang surutnya. Dia pernah ada rasa cemburu semasa saya rapat dengan wanita lain dan saya akan mencari idea bagaimana untuk jernihkan keadaan itu,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, Naufal atau Ahmad Naufal Azrin itu menegaskan jika dia tidak kisah untuk terus bekerjasama dengan penyanyi wanita atas tuntutan kerja.

Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu juga tidak pernah berkongsi identiti teman wanitanya di media sosial demi menghormati privasi.

“Dia tiada masalah dalam memahami kerja saya kalau saya nyanyi duet dengan wanita.

“Saya sebolehnya tak mahu orang tahu tentang ini tapi saya hanya kekalkan privasi tapi bukan rahsia daripada orang, jadi yang tahu sahaja tahu dan doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Ibu izin sertai Big Stage

Ditanya juga tentang gandingan bersama Nuha Bahrin, dan keputusan menyertai Big Stage musim kelima ini.

“Saya okay sahaja berganding dengan Nuha atas sebab kerja, saya ikut rentak kerja sahaja. Kalau tak berduet pun, saya okay juga.

“Keputusan saya untuk sertai Big Stage ni atas pengetahuan dan keizinan mak saya, jadi saya pun sertai,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This