POLIS menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma dan cedera di sekitar Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian membuat laporan polis.
“Sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Senam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.
“Hasil siasatan awal, mangsa seorang wanita warga tempatan telah dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki suspek warga tempatan yang tidak dikenali, mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian setelah dirogol dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Lelaki gigit jari manis anggota polis sampai putus ditahan
Yahaya berkata, polis memberkas lelaki tempatan berumur 43 tahun itu di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.
Hasil semakan polis, beliau berkata, suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan pihak polis mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula 9 hingga 25 April untuk siasatan lanjut,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

