SEORANG lelaki ditahan selepas mengamuk sebelum mengigit jari anggota polis hingga putus di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur pada malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian pukul 10.15 malam, pengadu dan rakan setugas telah didatangi suspek di hadapan pos pengawal balai polis dengan menjerit mahu menyimbah asid.
Beliau berkata, suspek kemudian menyimbah muka dan badan pengadu dengan menggunakan air botol mineral sebelum meluru masuk ke dalam perkarangan balai polis.
“Suspek bertindak membaling satu tin minuman ke arah dinding kaca sehingga pecah.
“Berlaku pergelutan antara pengadu dan dua rakan setugas ketika cuba menangkap suspek.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengigit hujung jari manis tangan kanan salah seorang rakan pengadu sehingga putus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semakan mendapati suspek berusia 34 tahun itu mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan kes penipuan.
Saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine.
“Suspek juga pernah menerima rawatan psikatrik pada tahun 2020 namun tidak memiliki sebarang kad rawatan mental.
“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

