BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Ucapan salam lebaran itu disampaikan menerusi video khas hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan agar semua rakyat Malaysia berhati-hati ketika pulang ke kampung.
“Hari yang dinantikan sudah tiba. Pastinya ramai yang gembira menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
“Aidil Fitri adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa dan beribadah kepada Allah SWT.
“Ambil lah kesempatan ini, untuk menaut kembali kasih yang terpisah, cinta yang terlerai dan pereratkan ikatan kekeluargaan yang murni dan tulus.
“Hargailah masa yang terbaik bersama-sama insan tersayang pada lebaran ini.
“Makan lemang, ketupat di hari raya tu, jangan lupa, kesihatan pun kita kena jaga juga,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

