Ibu bapa rungsing anak alami masalah tidur. Ikuti tip ubah rutin tidur anak dari lewat kepada seawal jam 9 malam

Dari Penulis

Setiap orang yang bergelar ibu bapa pasti merasai masalah anak sukar untuk tidur. Perkara ini semestinya membuat para ibu bapa risau kerana bimbang akan kesihatan anak-anak terutamanya berkaitan tumbesaran mereka.

Namun jangan bimbang, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin di akaun Facebook, anaknya juga turut mengalami masalah yang sama.

Pada asalnya, anak Dr Kamarul juga kerap tidur lewat dan sukar hendak menyuruhnya tidur apatah lagi tidur di awal waktu. Namun, apabila memikirkan perkara ini tidak bagus untuk perkembangan kanak-kanak, maka dia perlu melakukan sesuatu.

Hasilnya, Dr Kamarul berjaya mengubah waktu tidur anaknya seawal jam 9 malam.

Ikuti perkongsiannya.

“Berikut adalah cara bagaimana saya ubah rutin tidurnya:

•             Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari. Ini akan membantu meletihkan mereka dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.

•             Set waktu makan malam anak sekitar 2 jam sebelum waktu tidur yang disasarkan. Elakkan makan terlalu berat atau terlalu manis untuk makan malam.

•             Tetapkan waktu tidur untuk anak. Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini akan membentuk rutin tidur tetap.

•             Hadkan masa skrin pada waktu malam. Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.

•             Satu jam sebelum tidur, susun rutin yang melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai, berselawat, dsb.

•             Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak. Rumah digelapkan(suram), dan ibubapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.

•             Pastikan persekitaran tidur selesa dan sesuai untuk tidur. Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.

•             Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada. Ini boleh membantu mereka untuk merasa tenang.

•             Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibubapa boleh memberi pujian dan ganjaran yang sesuai kepada anak jika anak tidur awal. (pengukuhan positif)

•             Ibubapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari. Membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.

Semoga tip-tip ini bermanfaat kepada ibubapa yang ingin melatih anak-anak tidur awal!”

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin bin Nor Sadan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This