Lelaki… Ubah tabiat sebelum berkahwin jika ingin kecapi kebahagian yang berpanjangan

Dari Penulis

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah, memerlukan kesabaran yang tinggi terutama bagi para lelaki. Untuk menjadi suami yang baik, para lelaki perlu bersedia lebih awal dan meninggalkan segala tabiat yang buruk kerana anda bakal memikul tanggungjawab yang besar.

Allah berfirman di dalam Surah an-Nisa ayat 34,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu ubah sebelum menuju ke alam perkahwinan.

1. Solat

Belajar menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Jika tidak dapat berjemaah, tunaikan solat di awal waktu. Solat adalah perkara asas dalam berumah tangga, jika anda tidak mendirikan solat, maka hubungan itu tidak akan kekal lama.

2. Kerja

Apabila hendak berkahwin, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil kerana anda perlu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jangan berpindah randah semasa bekerja, ia mampu memberi kesan buruk terhadap keperluan keluarga.

3. Perangai bujang

Kehidupan sebagai seorang lelaki bujang tidak sama dengan kehidupan seorang suami. Jika dahulu anda suka keluar rumah sehingga lewat malam, maka ubah gaya hidup anda, belajar untuk kurangkan tabiat tersebut.

4. Belajar mengemas

Jangan letakkan dalam minda bahawa kerja rumah itu adalah tanggungjawab isteri sahaja. Anda sebagai suami juga perlu tahu membuat kerja rumah seperti memasak, menyapu, mengemop dan sebagainya kerana mengurus rumah tangga adalah tugas bersama. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri.

5. Jaga pergaulan

Menjaga pergaulan itu bukan kerana hendak berkahwin sahaja, malah dituntut dalam Islam. Menjaga batas ini bertujuan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Tiada keperluan untuk anda bergaul dengan mana-mana wanita dan hati pasangan perlu dijaga. Elakkan diri daripada mengundang fitnah.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci dan menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang harus anda galas sebagai seorang lelaki, pemimpin kepada seorang perempuan.

Kredit: Peguan Syarie Khidmant Masyarakat


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This