Dakwaan kaunter jamin tutup awal tidak benar – PKPMP

Dari Penulis

PEJABAT Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.

Menurut PKPMP dalam satu kenyataan hari ini, kesemua 10 tertuduh telah dibenarkan mahkamah untuk dijamin, namun hanya penjamin bagi empat tertuduh yang hadir untuk meneruskan proses ikat jamin pada hari berkenaan.

“Sehubungan itu, memandangkan dalam kes ini penjamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada 4 petang iaitu waktu biasa penutupan kaunter sepanjang Ramadan, proses jamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat disempurnakan,” menurut PKPMP sebagai menjawab dakwaan sebuah portasl berita mengenai isu itu Khamis lepas.

Baca artikel lain: Aidilfitri: Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Menurut PKPMP, kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi, selain bertujuan membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan itu.

Ia juga bagi memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin-penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This