TULAR aksi seekor gajah bertindak mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan selepas kejadian ribut di Jalan Lampang – Phrae, utara Thailand pada Isnin.
Memetik laporan The Thaiger, pemilik gajah yang dikenali sebagai Weerawat Triyot dalam perjalanan pulang ke Chaiyaphum selepas membawa haiwan peliharaan itu ke sebuah festival di kampung halamannya dekat Phrae.
Difahamkan, Weerawat dan gajahnya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebelum beliau memutuskan untuk keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku.
Weerawat kemudian mendapati sebanyak empat buah kereta dan beberapa pokok tumbang telah menghalang jalan.
Weerawat kemudian menyuruh gajahnya yang dikenali sebagai Dan Siam berusia 16 tahun untuk keluar dari kenderaan dan membantu mengalihkan pokok tumbang tersebut.
Menerusi video tular, Dan Siam dilihat dengan cekap membantu mengalihkan pokok tumbang dan membuka laluan kepada pengguna jalan raya.
Malah Dan Siam juga bertindak melambai-lambai belalainya sebelum mengeluarkan bunyi yang kuat seolah berkata “kamu boleh pergi sekarang”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

