GKMM terus desak Hattan mohon maaf, kesal sikap tak profesional artis senior kepada petugas media

Dari Penulis

GABUNGAN Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa Datuk Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan sikap tidak profesional terhadap seorang penyampai berita ketika sedang bersiaran langsung.

Presidenn GKMM, Mohamad Fauzi Ishak melahirkan rasa kesal terhadap maklum balas Hattan sewaktu ditemu bual oleh penyampai berita wanita daripada stesen televisyen swasta yang bertanyakan tentang Allahyarham Mael XPDC.

“Respon balas dinyatakan Hattan dalam temu bual itu jelas menunjukkan sikap tidak profesionalnya terutama ketika memberi kenyataan kepada media.

“Selain ia dilihat turut menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

“Sikap tidak hormat ditunjukkan itu turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pengamal media khususnya kumpulan wartawan, selain dikritik secara terbuka orang ramai di media sosial,” katanya.

Ujar Mohamad Fauzi lagi, seharusnya Hattan mengambil tanggungjawab untuk membuat permohonan maaf secara terbuka memandangkan dia adalah individu yang dikenali dan sebagai anak seni yang menjadi contoh kepada orang luar.

Terdahulu, menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh penyampai berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’

Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas kira-kira jam 8.41 malam, Khamis lalu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula penyampai berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur penyampai berita yang didakwanya tidak membuat kajian sebelum menemu bualnya.

Lebih memburukkan keadaan apabila penyampai berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.

Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This