Jadikan perayaan, budaya yang pelbagai pengikat persaudaraan rakyat – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini menjadi ciri utama yang mengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia.

Anwar menerusi catatan di Facebook selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kota Kinabalu hari ini berkata setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan memastikan nilai kepelbagaian terus utuh dengan kasih sayang.

“Tugas kita adalah memastikan nilai kebhinekaan (kepelbagaian) ini mesti terus utuh dengan kasih sayang dan sikap keprihatinan yang tinggi,” kata beliau.

Baca artikel lain: Rundingan kerusi PN pada PRN hampir 50 peratus

Perdana Menteri juga mahu masyarakat terus menyemarakkan cahaya dan nilai murni Aidilfitri sepanjang Syawal yang sedang diraikan.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag selain lebih 20,000 tetamu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This