Annuar sudah nyatakan hasrat sertai Pas – Takiyuddin

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pas bagi meneruskan kerjaya politiknya.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan seperti dilaporkan BH Online.

Perkembangan berkenaan menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan bakal mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pada masa sama, Takiyuddin turut mendedahkan menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin UMNO untuk menyertai PN.

Kata beliau, jumlah tersebut membabitkan lebih 20 bekas pemimpin UMNO termasuk Annuar yang mahu menyertai sama ada Pas atau pun Bersatu.

“Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk sertai Pas dan kita memang terima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin UMNO untuk sertai PN.

“Kita akan menyusul dengan perbincangan lanjut. Kesemua mereka (bekas pemimpin UMNO) itu, kita dalam proses untuk selaraskan kemasukan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Sebelum ini, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional menegaskan akan memilih parti ‘berhaluan baik’ untuk meneruskan karier politiknya selepas ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa bekas Setiausaha Agung UMNO itu berhasrat untuk bersara terus daripada arena politik tanah air.

Sumber yang rapat dengan Annuar turut tidak menolak kemungkinan bahawa bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu menjadi salah seorang calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan tidak lama lagi.

Malah, Takiyuddin berkata, tawaran juga dibuat kepada bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Menurut Takiyuddin, Khairy ada memberi maklum balas tetapi tidak dinyatakan secara spesifik.

“Beliau memaklumkan akan bersama dengan kita, namun tidak dinyatakan secara spesifik. Beliau memaklumkan tidak akan bersama dengan UMNO dan PH. Justeru, kita jangka beliau akan bersama dengan kita,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This