144 penembak berentap buru Piala Ketua Polis Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 144 penembak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berentap mulai hari ini bagi memburu Piala Ketua Polis Negara sempena Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III.

Pengarah Kejohanan RMP, Senior Asisten Komisioner Mohd Suzrin Mohd Rodhi berkata, kesemua 144 penembak itu merangkumi 36 pasukan daripada keseluruhan jabatan, kontinjen, briged, pusat latihan dan lain-lain elemen dalam PDRM.

Menurut beliau, semua penembak akan melalui 10 stage pertandingan sebelum 16 penembak terbaik dipilih ke peringkat seterusnya, esok.

Komander Unit Tindakhas, SAC Mohd Suzrin Mohd Rodhi.

Mohd Suzrin yang juga Komander Unit Tindakhas memaklumkan, 16 peserta terbaik bagi Piala Ketua Polis Negara dan Piala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang telah berentap semalam akan beraksi semula untuk aksi tembak piring, esok.

“Hari kedua RMP Open Championship 2023 Level III hari ini menyaksikan pertandingan bagi Piala Ketua Polis Negara dengan semalam kita telah selesai peringkat awal bagi Piala Pengarah KDNKA.

Baca artikel berkaitan: Fasiliti lengkap KMSS bertaraf antarabangsa

“Jadi 16 penembak terbaik bagi kedua-dua piala akan ditentukan petang ini dan melalui saingan peringkat shoot off, esok.

“Aksi peringkat final pula akan dilaksanakan pada hari terakhir RMP Open Championship 2023 Level III iaitu pada hari Ahad nanti,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.

Untuk rekod, Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III akan berlangsung selama tujuh hari sehingga 7 Mei ini.

Kejohanan tersebut turut mendapat sokongan daripada Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Malaysia dan World IPSC bagi kelulusan penganjuran pertandingan mengikut format antarabangsa.

Lebih menarik, kejohanan berkenaan juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang menerima penyertaan peserta paling ramai.

Bukan sahaja berjaya menarik 780 peserta, kejohanan Level III yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu juga berjaya menarik penyertaan tujuh negara luar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This