KMSS mahu pelopori kejohanan menembak Level I dan II, cungkil bakat baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KELAB Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) di Putrajaya berhasrat untuk mempelopori sukan tersebut dengan menganjurkan lebih banyak kejohanan bertaraf Level I dan II bagi mencungkil bakat-bakat baharu.

Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani berkata, kejohanan pada peringkat Level I dan II amat penting bagi memastikan bakat baharu menunjukkan kebolehan masing-masing.

Pada masa sama, kata beliau, kejohanan sedemikian mampu mengembangkan lagi sukan tersebut di negara ini.

Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Dato’ Sri Shafiz Shahrani. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sebagai seorang penggemar sukan menembak, saya rasa lebih banyak lagi acara yang patut dipertandingkan.

“Mungkin kita (KMSS) kena mengadakan lebih banyak lagi acara Level I dan II untuk kembangkan sukan ini.

“Kita (boleh) buat kejohanan Level III untuk menjemput penembak antarabangsa tetapi (jika berbuat demikian) penggemar sukan ini tidak mendapat lebih banyak pendedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Kejohanan Piala Datin Hajjah Zaleha 2025 Persekutuan Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Shotgun Level II di KMSS, hari ini.

Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (tengah) bergambar bersama peserta-peserta yang menyertai Kejohanan Piala Datin Hajjah Zaleha 2025 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Piala Datin Hajjah Zaleha medan cungkil bakat baharu shotgun

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu memberi tumpuan kepada shotgun selain turut menampilkan divisyen handgun.

Edisi ketiga itu menyaksikan penembak dari Persatuan Menembak Johor (JSA), Ng Chung Ngaip menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan gelaran dalam kategori standard shotgun dan shotgun Shoot Off.

Pada aksi Shoot Off, Chung Ngaip berjaya menewaskan Nizwal Tarmizi di peringkat akhir manakala Mohamad Shamerin Sukri berada di tempat ketiga.

Ng Chung Ngaip (kanan) berkongsi kegembiraan dengan rakan sepasukannya, Un Lee Chin selepas masing-masing memenangi acara shotgun shoot off dan shotgun wanita pada Kejohanan Piala Datin Hajjah Zaleha 2025 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Shafiz berharap lebih ramai penggemar sukan menembak terutama dalam divisyen shotgun akan menyertai kejohanan tersebut pada tahun hadapan.

“Piala Datin Hajjah Zaleha ini merupakan penghormatan kepada emak saya. Jadi, Insya-Allah, kita akan tetap buat juga pada edisi-edisi akan datang walaupun banyak cabaran dan dugaan.

“Saya harap tuan-tuan dan puan-puan semua dapat menghebahkan lagi kejohanan ini untuk menarik lebih banyak penyertaan pada tahun hadapan.

“Saya lihat ada ramai sahabat yang setia menyertai dan datang dari jauh terutama dari Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan sebagainya. Saya ucapkan terima kasih dan berharap kita dapat anjurkan dengan lebih baik lagi tahun hadapan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This