KMSS lapang sasar terbaik Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KELAB Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) di Putrajaya disifatkan sebagai lapang sasar terbaik yang dimiliki negara ketika ini. 

Pada masa sama, Pengarah Kejohanan LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II, Zul Majdi Saari berkata, KMSS mempunyai prasarana yang sempurna bagi penganjuran sebuah kejohanan menembak. 

Malah, beliau berkata, lapang sasar yang mempunyai 16 lurah menembak itu juga disifatkan sudah mencapai tahap antarabangsa. 

Pengarah Kejohanan, Zul Majdi Saari

“KMSS ini merupakan satu venue kejohanan menembak yang sangat baik. Terletak di Putrajaya, memudahkan peserta dari utara mahu pun selatan berkumpul di sini. 

“Banyak kemudahan juga disediakan di sini. Kalau kita lihat di Malaysia, bagi saya lapang sasar KMSS ini adalah yang terbaik. Sememangnya berkelas antarabangsa,” katanya kepada UtusanTV. 

LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II itu menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sukan menembak Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) dari seluruh negara. 

Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya disifatkan sebagai lapang sasar terbaik negara dan menjadi lokasi Kejohanan Menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II yang menampilkan penembak-penembak handalan seluruh Malaysia. GAMBAR: Abd Razak Aid

Seramai 250 peserta beraksi dalam kejohanan kali pertama dianjurkan oleh LEIOS Sports itu. 

Kejohanan selama empat hari berakhir hari ini itu melibatkan penyertaan daripada pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta persatuan dan kelab menembak seluruh negara. 

Presiden KMSS , Dato’ Sri Shafiz Shahrani (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta pada Kejohanan Menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II terima sambutan luar biasa

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan melibatkan empat disiplin iaitu Open, Standard, Production dan Production Optic.

Dalam pada itu, Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dalam ucapannya berharap peminat tegar sukan menembak praktikal dapat membawa sukan tersebut ke aras lebih tinggi. 

Menurut beliau, kewujudan KMSS disifatkan khas bagi semua peminat sukan tersebut. 

Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya menjadi lokasi Kejohanan Menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II yang menampilkan penembak-penembak handalan seluruh Malaysia. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita semua peminat tegar sukan menembak dan anda tahu betapa mencabar untuk menganjurkan sesuatu pertandingan menembak. 

“Insya-Allah apa juga cabaran dan dugaan, kita akan hadapi dengan berhemah dan pasitkan sukan menembak ini dapat dijayakan di Malaysia,” katanya. 

Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya menjadi lokasi Kejohanan Menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II yang menampilkan penembak-penembak handalan seluruh Malaysia. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, salah seorang peserta, Nur Farisha Edreena Mohd Hir berpendapat KMSS mempunyai fasiliti yang bagus dan memudahkan walaupun bagi seorang penembak praktikal baharu seperti dirinya. 

“Bagi saya fasiliti yang ada di sini memang sangat bagus. Malah, stage yang dipertandingkan juga sangat mencabar. 

“Saya tak sabar untuk turun bertanding lagi di sini,” katanya. 

Nur Farisha Edreena Mohd Hir
Aksi peserta-peserta pada pada Kejohanan Menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya yang mempunyai 16 lurah menembak disifatkan sudah mencapai tahap antarbangsa. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor bukan pilihan PH, namun tetap hormati demokrasi – Amirudin

PAKATAN Harapan (PH) mengakui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan ketika rakyat dan negara sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi...

More Articles Like This