Kesan Sampingan
Suplemen melatonin haruslah diambil dengan berjaga-jaga. Selain faktor tiada bukti saintifik yang pasti untuk menyokong penggunaannya secara jangka panjang, ia juga boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk untuk sesetengah orang.
Anda juga harus menyedari kesan sampingan lain seperti kekejangan perut, pening-pening, sakit kepala, sifat lekas marah, kekurangan libido, pembesaran payu dara dan penurunan jumlah sperma dalam lelaki.
Amaran bagi wanita, melatonin boleh mengganggu kesuburan. Ia juga tidak patut diambil oleh wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak kerana mereka sudah pun mengeluarkan melatonin yang banyak.
Jika, seperti kebanyakan orang, anda menggunakan suplemen melatonin untuk masalah tidur, anda boleh cuba cara-cara berikut untuk menetapkan kitaran tidur anda.
✍Dapatkan lapan hingga sembilan jam tidur setiap malam.
✍Tidur paling lewat pada pukul 10.30 setiap malam.
✍Tidur atas katil yang selesa – pastikan tilam tidak terlalu lembut, keras atau bising.
✍Tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu.
✍Elakkan pendedahan kepada cahaya terang sebelum dan ketika tidur.
✍Elakkan daripada menonton televisyen dan membaca sebelum tidur kerana ini akan menstimulasikan otak anda.
✍Gelapkan bilik tidur anda sepenuhnya, terutamanya jika anda pekerja syif yang tidur pada siang hari. Gunakan langsir gelap untuk menghalang cahaya matahari.
✍Elakkan daripada mengambil bahan perangsang seperti kopi, rokok atau alkohol sebelum tidur.
✍Kekalkan bilik tidur pada suhu yang selesa, tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.
✍Elakkan daripada medan elektromagnet dalam bilik seperti televisyen, jam, radio dan lampu. Jika benda-benda ini harus berada dalam bilik, letakkannya jauh dari katil.
✍Elakkan daripada makan sebelum tidur.
✍Jauhkan jam dari penglihatan dan elakkan daripada menggunakan jam yang berbunyi kuat.
✍Cuba menyimpan jurnal – tuliskan pemikiran-pemikiran anda sebelum tidur supaya ia tidak mengganggu minda.

