Ibu bapa ambil peduli cara tangani gejala strok haba, elak perkara tidak diingini berlaku

Dari Penulis

Mendengar berita tentang kematian beberapa orang kanak-kanak yang disyaki terkena strok haba pasti membimbangkan hati terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Oleh itu, ibu bapa harus ambil tahu serba sedikit tentang gejala strok haba supaya dapat mencegah diri dan keluarga daripada terkena penyakit ini.

Apa itu strok haba?

Menurut Kementerian Kesihatan, strok haba merupakan peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mencecah lebih 40 darjah celsius berbanding suhu badan normal iaitu 37 darjah celcius akibat pendedahan terhadap cuaca sekeliling yang terlampau panas.

Tanda-tanda awal terkena strok haba

•             Kerap sakit kepala

•             Mudah hilang fokus

•             Lidah menjadi bengkak

•             Suhu badan melebihi 39 celsius

•             Nadi berdenyut laju

•             Tekanan darah rendah

•             Badan lesu dan kerap pengsan

•             Badan tidak berpeluh

•             Kulit kering dan kemerah-merahan

Untuk kanak-kanak, gejala ini mungkin tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dan perhatikan perubahan sikap anak.

•             Nampak letih, tidak cerdas seperti biasa

•             Meragam

•             Mengadu sakit atau lenguh pada badan

•             Kurang kencing

•             Demam panas dengan kaki tangan sejuk

•             Muntah

•             Kurang selera makan

•             Tidak sedarkan diri, pitam

Tip mencegah diri dan anak-anak daripada strok haba

1.            Minum air secukupnya

2.            Kurangkan minum minuman bergula, berkafien

3.            Pakai baju longgar dan nipis

4.            Duduk ditempat yang teduh atau guna topi atau payung

5.            Buka kipas dan penyaman udara

6.            Kurangkan aktiviti luar rumah ketika cuaca panas terik

7.            Guna krim pencegah sinaran suria SPF 30 ke atas

8.            Rancang perjalanan anda untuk elak kesesakan lalu lintas

9.            Jangan membiarkan anak-anak tidur berselimut

10.         Mandi dan lap badan dengan kain yang basah jika berasa panas

Dapatkan rawatan hospital dengan segera sekiranya badan anda atau keluarga tidak menunjukkan apa-apa perubahan walaupun sudah dirawat dari rumah. Elak perkara yang tidak diingini berlaku.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This