10 ADUN nafi desak tukar Ketua Menteri Pulau Pinang

Dari Penulis

SERAMAI 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP tampil menafikan terlibat dalam usaha menyekat Chow Kon Yeow menjadi ketua menteri selepas pilihan raya negeri (PRN) seperti didakwa sebuah portal berita.

Ia diketuai ADUN Air Putih, Lim Guan Eng; Lim Siew Khim (Sungai Pinang); Jason H’ng Mooi Lye (Jawi); Heng Lee Lee (Berapit); Ong Ah Teong (Batu Lancang); Daniel Gooi Zi Sen (Pengkalan Kota); Satees Muniandy (Bagan Dalam); Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima) dan Chris Lee Chun Kit (Pulau Tikus).

Berita Harian melaporkan, kesemua ADUN berkenaan dalam satu kenyataan secara bersama menegaskan, mereka tidak pernah bercakap dengan portal berkenaan, selain menyifatkan artikel itu berniat jahat.

Menurut mereka, laporan itu bersikap tidak adil apabila tidak menyebut nama tiga ADUN yang dikaitkan dengan desakan berkenaan.

“Ia sekali gus meletakkan kesemua 10 ADUN biasa dari Pulau Pinang di bawah syak wasangka awam yang tidak perlu, serta untuk mengaitkan laporan tiga ADUN itu kepada mana-mana daripada kami adalah tidak benar dan palsu.

Baca artikel lain: Penunggang motosikal maut dipanah petir

“Oleh itu, kami tidak dapat memastikan dari mana portal berita berkenaan mendapat maklumat yang tidak berasas ini,” kata kenyataan tersebut.

Kumpulan ADUN itu menegaskan, mereka akan menghormati keputusan parti berhubung pencalonan kerusi dan jawatan yang ditetapkan parti.

“Memenangi PRN akan datang adalah penting untuk memakmurkan Pulau Pinang dan mengukuhkan kestabilan politik serta mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Sebelum itu laporan portal bertajuk ‘Ada desakan dalam DAP tukar Chow, Lim kembali jadi KM P Pinang’ itu turut menyatakan pertemuan bersama dengan tiga ADUN yang enggan dinamakan terbabit diadakan semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This