Remaja ditemui tak bermaya dalam bilik hotel

Dari Penulis

SEORANG remaja berjaya diselamatkan pihak bomba selepas ditemui tidak bermaya di dalam sebuah bilik hotel dekat Klang Sentral, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.16 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati kejadian melibatkan sebuah pintu bilik hotel berkunci dari dalam semalaman.

“Bomba bertindak memecah pintu bilik hotel dengan menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang remaja Melayu berusia 19 tahun tidak bermaya di dalam bilik hotel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This