Pemuda lemas ketika mandi air terjun bersama 3 rakan

Dari Penulis

SEORANG pemuda ditemui lemas selepas bermandi-manda di air terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Md Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.45 petang.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 11 minit kemudian dan mendapati seorang lelaki berusia 20 tahun telah lemas ketika mandi air terjun bersama tiga rakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, anggota bomba melakukan pencarian dan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Amir Wafiq berjaya ditemui pada pukul 5.04 petang.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This