
SEORANG warga emas ditemui di dalam gaung sedalam 12 meter selepas dilaporkan hilang di kediamannya dekat Bandar Baru Selayang 2, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.25 pagi.
Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba empat minit kemudian dan mendapati seorang wanita berusia 79 tahun telah hilang ketika hendak membuang air kecil setelah bangun dari tidur.
“Mangsa disedari hilang pada pukul 1 pagi dan gagal ditemui sebelum keluarga mangsa menghubungi pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bomba bertindak mencari mangsa di kawasan gaung sedalam 12 meter yang terletak di belakang rumah mangsa.
“Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan terbaring pada pukul 3.40 pagi dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Selayang bagi pemeriksaan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram