PM luang masa melawat Kejohanan Tembak RMP Championship 2023 Level III

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat ke lokasi Kejohanan Tembak RMP Championship 2023 Level III.

Beliau yang hadir sekitar pukul 10 pagi meluangkan masa lebih kurang 45 minit di kejohanan menembak berlangsung selama tujuh hari itu.

Lokasi kejohanan peringkat antarabangsa ini adalah di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.

Sepanjang berada di lokasi, Perdana Menteri diberikan taklimat berkenaan kejohanan, selain dibawa melawat ke bilik simpanan senjata.

Perdana Menteri pada masa sama meninjau ke beberapa lapang sasar bagi melihat aksi peserta secara lebih dekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dan Pengarah Kejohanan RMP, Senior Asisten Komisioner Mohd Suzrin Mohd Rodhi serta para peserta ketika hadir mengadakan Lawatan ke lokasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (LKMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca juga: Saifuddin uji kemahiran menembak dalam RMP Championship 2023 Level III

Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay
dan penyanyi, Datuk Jamal Abdillah.

Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III mula berlangsung pada 1 Mei dan akan berakhir Ahad ini.

Kejohanan tersebut mendapat sokongan Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Malaysia dan World IPSC bagi kelulusan penganjuran pertandingan mengikut format antarabangsa.

Ia juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang menerima penyertaan peserta paling ramai.

Bukan sahaja berjaya menarik 780 peserta, kejohanan Level III yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu juga berjaya menarik penyertaan tujuh negara luar.

Antara negara yang menyertai kejohanan kali ini adalah Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This