“Dalam mood in love” – Cat Farish akui bercinta dengan Shikin Maembong

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Cat Farish mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menurut Cat atau Farish Ramli, mereka kini dalam masa mengenali hati budi masing-masing secara lebih dekat.

“Dalam ‘mood in love’,” ujarnya ringkas ketika dihubungi URTV.

Ahli kumpulan Ruffedge ini turut berkongsi bibit perkenalan yang bermula sejak sebulan lalu sewaktu menyertai festival jualan hari raya pada Ramadan lalu.

“Kami tukar-tukar makanan sewaktu berniaga di Starvendor, KLCC.

“Hubungan kami terjalin apabila anak sulung saya begitu mesra dengan anak Shikin iaitu Arianna, dan ia bersambung bersama anak-anak yang lain ketika kali kedua kami jumpa untuk berbuka puasa,” ujarnya.

Ketika ditanya ciri-ciri yang ada pada Shikin sehingga membuatkan dia jatuh hati, kata Cat, sikap pandai mengambil hati anak-anak serta bijak menguruskan perniagaan antara faktor dia menyenangi wanita itu.

“Dia pandai ambil hati anak sulung saya yang memang susah untuk mesra dengan orang.

“Dia rajin meniaga dan kami serasi dalam beberapa perkara. Kelakar orangnya,” selorohnya.

Dedah Cat, Shikin atau Siti Nur Ashikin,40, sudah bertemu dengan keluarganya.

“Keluarga saya kecil. Semua dah jumpa dan suka. Mereka berpesan supaya jangan bercinta lama-lama dan terus kahwin.

“Setakat ni saya baru sahaja berjumpa dengan adik beradik Shikin. Semua baik baik saja. Tak lama lagi, saya akan berjumpa dengan ibu dan bapanya pula,” ujarnya.

Rancang kahwin, enggan bercinta lama-lama

Dalam pada itu, penyanyi berusia 49 tahun ini turut menceritakan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan merasakan tidak sesuai untuk dirinya bercinta dalam tempoh yang lama.

“Cat ni dah 49 tahun. Tak logik lah kalau nak bercinta lama-lama. Buruk orang tua bercinta manja-manja. Kadang takut melebih juga, jadi saya nak nikah cepat dan disusuli majlis,” katanya.

Ditanya juga tentang reaksi anak-anak sebaik mengetahui bapa mereka sudah bertemu dengan wanita lain dan merancang untuk bernikah, Cat bersyukur kerana masing-masing memberi ‘lampu hijau’.

“Setakat ini anak-anak saya memang tak ada masalah langsung malah disuruh percepatkan pernikahan bersama bakal emak barunya.

“Anak Shikin, Arianna sangat sayang kepada kakak-kakak dan abangnya. Saya juga selesa dengan bekas suami Shikin, Chef Riz dan serta isterinya. Mereka terima saya dan anak anak saya,” ulasnya.

Justeru, pelakon filem Impak Maksima itu mengharapkan yang terbaik untuk hubungannya bersama Shikin sekiranya ada jodoh buat mereka.

Untuk rekod, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Pada 20 November 2020, Cat sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada Februari lalu.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Shikin juga pernah berkahwin dengan anak Cef selebriti terkenal, Cef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuwan pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna Natasya, kini berusia 8 tahun.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 tetapi bercerai pada tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This