Pihak stesen minyak enggan bertanggungjawab sebabkan kerosakan kereta, Haqiem Rusli tanggung kerugian RM50,000 – “”Saya berharap pihak kerajaan khususnya KPDN mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen…,”

Dari Penulis

PENYANYI Haqiem Rusli kesal apabila sebuah stesen minyak di Terengganu enggan bertanggungjawab selepas mendakwa keretanya mengalami kerosakan ketika mengisi minyak di premis berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi di Instagram penyanyi Tergantung Sepi itu, kejadian tersebut berlaku pada 17 Mac di stesen minyak yang terletak di Kuala Berang, Terengganu.

“Saya dan isteri menegaskan bahawa pihak stesen minyak terbabit tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulih kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak berkenaan.

“untuk makluman pada 17 Mac, saya telah mengisi minyak petrol di stesen terbabit. Kemudian saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.

“Kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 19 Mac, pihak bengkel tersebut selaku pengedar sah Mercedes Benz telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak.

“Kos membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir RM50,000. Pada 22 Mac, saya telah pergi ke stesen minyak tersebut dengan tujuan untuk berbincang tentang penyelesaian atas perkara ini dan pihak mereka meminta kerjasama daripada saya untuk memberikan mereka lebih masa bagi menyelesaikan masalah kereta saya,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak stesen minyak tersebut meminta Haqiem untuk menyerahkan keretanya kepada bengkel yang dicadangkan daripada pihak mereka.

“Beberapa hari kemudian pihak stesen minyak telah menghubungi saya untuk meminta kebenaran memindahkan kereta saya untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh pihak mereka.

“Memandangkan bengkel yang dicadangkan oleh pihak mereka tidak berstatus pengedar sah Mercedes Benz sedangkan kereta saya masih dalam waranti, maka saya tidak memberikan kebenaran untuk mereka menunda kereta saya.

“Bermula dari situlah pihak mereka tidak lagi menjawab panggilan dan mesej daripada saya. Sudah hampir sebulan lebih pihak stesen minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi sedangkan saya tertunggu-tunggu jawpaan daripada pihak mereka,” ulasnya.

Dalam pada itu, Haqiem turut meminta puhak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) memandang serius isu tersebut sekaligus mengambil tindakan terhadap stesen terbabit.

“Saya amat dukacita atas kegagalan pihak tersebut dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan seperti saya yang ada masalah kerosakan kereta hingga mengakibatkan saya terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk membaik pulih kereta itu.

“Saya juga amat berharap dan memohon kepada pihak kerajaan khususnya KPDN agar mengambil tindakan yang tegas dengan membatalkan lesen kepada pengusaha stesen minyak yang menipu rakyat dengan menjual minyak bercampur air kepada pelanggan,” katanya.

“Saya amat dukacita atas kegagalan pihak stesen minyak itu dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan seperti saya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This