SEORANG warga emas maut dilanggar lori di Jalan Persiaran Seroja, Bukit Sentosa, petang tadi ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan pada pukul 5.10 petang itu berlaku ketika pemandu lori berusia 39 tahun dalam perjalanan dari Rasa ke Bukit Beruntung.
Sementara mangsa dalam perjalanan dari Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa ke kediamannya di Taman Kesumba, Bukit Beruntung.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal Honda Dash menukar lorong dari kiri ke kanan sebelum dilanggar lori dari arah belakang.
“Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

