SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang gadis di sebuah kawasan perumahan dekat Sea Park, Petaling Jaya, pada petang 28 April lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan ditahan di kawasan Ara Damansara pada pukul 10.15 malam, Jumaat lalu.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek merupakan individu dikehendaki polis bersabit dua kes di Wangsa Maju dan Kelana Jaya.
“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, kejadian pada pukul 7.09 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun sedang berjalan kaki seorang diri.
Mangsa secara tiba-tiba dipeluk dari arah belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian hitam, berpelitup muka dan memakai topi hitam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Kesekaaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah di talian 03-79662222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

