Pembantu jurulatih selam cium pelancong wanita ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pembantu jurulatih selam ditahan polis selepas disyaki mencium seorang pelancong wanita warga China di sebuah pulau peranginan dekat Semporna pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada Sabtu, pukul 10.03 pagi.

Beliau berkata, mangsa berusia 25 tahun mendakwa dicium jurulatih selam separuh masa ketika sedang membuat aktiviti selaman.

“Mangsa membuat laporan polis ketika mahu bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke negara asal.

“Susulan laporan, suspek berusia 27 tahun ditahan di sebuah tempat penginapan atas air pada pukul 12.50 tengah malam,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga Khamis bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Loke ‘refresh’ ingatan Onn Hafiz, senarai tujuh program MOT dihadiri Johor

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membalas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan menyenaraikan beberapa program...

More Articles Like This