Pemandu lori maut dihempap kayu balak

Dari Penulis

Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika cuba menurunkan batang balak berkenaan di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Gua Musang,semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 petang ketika mangsa Norazlan Hamdan, 53, yang baru dua bulan bekerja cuba menurunkan balak daripada lori dengan kaedah biasa diamalkan iaitu membuka empat rantai bersama kunci kecuali di bahagian tengah. 

“Apabila membuka kunci rantai mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai sebelum sebatang balak tiba-tiba jatuh menimpa bahagian badan mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sik berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan ke atas kematian mangsa. 

“Berdasarkan hasil bedah siasat dijalankan oleh pegawai perubatan forensik mengesahkan kematian berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan di tempat kerja (Massive Blood Loss Secondary to Rupture Mesenteric Artery Due to Industrial Injury).

“Kes diklasifikan sebagai mati mengejut. Kami mengingatkan supaya mana-mana individu tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati,” katanya. 

— BERNAMA

Tuesday , 09 May 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This