Polis rakam keterangan ibu bapa budak 6 tahun pandu kereta di Langkawi

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah merakam keterangan ibu dan bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun yang bertindak memandu kereta sejauh 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ibu bapa berusia 22 dan 28 tahun itu hadir ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan keterangan selesai diambil pada pukul 2 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya belum mengambil keterangan penuh daripada pemandu dan adiknya yang berusia tiga tahun kerana dilihat masih trauma.

“Kanak-kanak terbabit mengatakan dia bertindak memandu kereta kerana ingin ke kedai untuk membeli kereta mainan.

“Polis juga mendapatkan rakaman video terbaharu daripada orang awam yang merekodkan situasi di mana kereta dipandu ke kiri dan kanan jalan sebelum melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pemandu mengalami kecederaan di dagu manakala penumpang yang merupakan adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami kecederaan.

Shariman berkata, ibu kanak-kanak tersebut mendakwa sebelum kejadian dia bersama dua anaknya berada di ruang tamu rumah mereka.

“Ibu kemudiannya masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan sebaik keluar mendapati kedua-dua anaknya telah tiada di ruang tamu.

“Sebaik mencari di seluruh bahagian rumah dan tidak menemui anaknya, dia kemudiannya mengejutkan suami yang sedang tidur di dalam bilik dan memaklumkan kedua-dua anak mereka telah hilang,” ujarnya.

Beliau berkata, suami wanita terbabit yang merupakan peniaga kedai runcit kemudiannya mahu mengambil kunci kereta yang digantung di dinding namun kunci tersebut telah tiada.

Mereka kemudian memeriksa di luar rumah dan mendapati kereta juga telah tiada di hadapan rumah.

“Polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This