Hukuman jenayah syariah atau hudud yang antara lain mengenakan hukuman rejam dan merotan penjenayah tertentu seperti penzina, peminum arak, qazaf (tuduhan terhadap seseoraang melakukan zina, tetapi penuduh tidak dapat mengadakan empat orang saksi) dan lain-lain jenayah memang telah termaklum dalam masyarakat Islam.
Sayangnya mereka hanya berasa sangat takut dan gerun terhadap hukuman ini, tanpa dapat memahami hikmahnya yang tersirat. Masyarakat bukan Islam pula beranggapan hukum jenayah syariah sebagai sangat tidak berperi kemanusiaan dan primitif. Tidaklah menghairankan jika mereka jahil terhadap hikmahnya.
Hukum jenayah syariah khususnya hukuman rotan, selain bertujuan mengenakan hukuman yang setimpal kepada penjenayah itu sendiri, hakikatnya ia adalah merupakan sejenis rawatan terhadap pelbagai penyakit rohani dan jasmani atau mental dan fizikal yang terbaik, yang tiada taranya.
Ianya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit rohani dan jasmani yang tidak dapat dirawat dan disembuhkan oleh perubatan moden atau allopati. Dari aspek mental atau rohani, ianya dapat membantu menghapuskan berbagai-bagai sifat jahat, terutamanya sifat-sifat yang didorong oleh nafsu, jin dan syaitan.
Dari aspek jasmani atau fizikal pula, ianya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit fizikal. Apa juga jenis penyakit fizikal akan dapat disembuhkan dengan menggunakan kaedah ketukan, pukulan atau merotan. Walau bagaimanapun, kaedah pukulan mesti dikombinasikan serentak dengan ruqyah, doa, zikir dan muraqabah serta keyakinan kepada Allah yang mantap, tanpa lalai hati dan minda.
Hikmah merejam penzina
Semasa hayat Rasulullah s.a.w., berlaku satu kisah yang sangat popular iaitu seorang penzina perempuan yang sudah bersuami dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Baginda memerintahkan agar jenazahnya dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan.
Apabila Baginda s.a.w. sedar ada sesetengah sahabat semacam meragui perintahnya itu, maka Baginda s.a.w. segera bersabda,
“Adakah kamu tahu kebaikan taubat perempuan ini dapat memberi syafaat melepaskan tujuh orang ahli neraka untuk masuk syurga?”
Rejaman batu bukan hanya menyebabkan penzina itu maut, tetapi syaitan yang meresap dalam tubuhnya yang telah mendorongnya berzina juga akan keluar. Perempuan itu bersih zahir dan batinnya dari kekotoran dosa dan suci dari syaitan. Apa yang lebih penting, sifat jahat gemar berzina yang berpunca dari unsur syaitan tidak akan diwarisi oleh zuriatnya.
Demikian juga sebatan yang dikenakan ke atas penjenayah tertentu seperti peminum arak, jenayah qadhaf, penzina yang belum bernikah dan sebagainya dapat menghalau keluar syaitan dari tubuh badan.
Pelbagai sifat jahat zahir dan batin penjenayah tersebut akan turut lenyap. Kaedah memukul, mengetuk atau merotan yang digunakan oleh penulis dalam merawat orang ketagih zina dan golongan LGBT ternyata memberikan kesan yang sangat memuaskan.
Rasulullah s.a.w. memukul dan menepuk pesakit
Terdapat banyak riwayat dalam sirah dan koleksi hadis yang menceritakan dengan terang bahawa Rasulullah s.a.w. memukul sesetengah pesakit dengan serbannya yang dipintal-pintal dengan kemas.
Adakalanya Baginda s.a.w. menepuk pesakit dengan tapak tangan yang kuat sehingga meninggalkan kesan tapak tangan yang jelas di tubuh pesakit. Ada riwayat menyebutkan bahawa seorang sahabat yang fizikalnya dikuasai oleh syaitan.
Sahabat ini sering kali terjatuh setiap kali menaiki kuda. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya membuka baju, lalu Baginda s.a.w. menepuk dadanya dengan kuat sehingga terlihat kesan tapak tangan Baginda s.a.w. pada dada sahabat tersebut. Selepas peristiwa itu, sahabat ini tidak menghadapi lagi masalah tersebut.
Satu riwayat lain meyebutkan seorang sahabat membawa anaknya yang terasuk syaitan menemui Baginda s.a.w. untuk rawatan. Baginda s.a.w. memegang baju budak itu dengan kemas dan erat lalu menepuk-nepuk belakang budak tersebut sambil menyebutkan: “Keluarlah wahai musuh Allah!” dan diulang-ulang beberapa kali. Dan alhamdulillah, kaedah yang dilakukan Baginda s.a.w. itu berkesan.
Oleh: Dr Haji Jahid bin Haji Sidek, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Budi Malaysia dan Pengasas Pusat Rawatan Islam MANARAH
_________________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

